Featured Post

Wednesday, June 17, 2009

Tempat2 menarik (Winter)

Terdapat banyak tempat2 menarik yang telah kami lawati sewaktu kami berada di Switzerland. Ruang masa yang terhad telah menyebabkan kami menangguh dulu hajat untuk upload gambar2 menarik sewaktu kami ke sana.


Jungfraujoch (27.12.08)

Kami telah menjejakkan kami kami di Jungfraujoch (dibaca Yungfghauyokh) yang juga dikenali sebagai Top of Europe. Dengan ketinggian 3454 m dari aras laut, ianya terletak di Interlaken, Switzerland. Kami telah ke sana sewaktu cuti Krismas pada hujung tahun lepas.



Colmar (8.2.09)

Tempat menarik yang seterusnya ialah Colmar yang terletak di Alsace, Perancis. Inilah kali pertama kami bermusafir dengan menaiki kereta di Eropah. Seronok juga menaiki kereta setelah 6 bulan pergi ke mana2 tempat dengan menaiki bas atau tren yang terkenal dengan sistematik dan laju. Dalam banyak2 tempat yang telah kami lawati, Colmar merupakan tempat yang selalu disebut2 oleh Ummi kerana inilah tempat yang paling disukai olehnya.



Strasbourg (9.2.09)

Kami juga telah pergi ke Strasbourg dan menginap di hotel Citadine. Di sana, kami telah bertemu dengan kawan ayah, Uncle A.S. yang telah ke sana kerana ada urusan kerja. Uncle AS telah membawa makanan kiriman daripada keluarga di Malaysia. Dapatlah kami makan lempuk dan keropok. Alhamdulillah...


Blackforest / Titisee (11.2.09)

Kami singgah di Titisee, sebuah tasik yang pada musim sejuk, semuanya nampak putih, seolah2 kita nampak salji. Padahal asalnya, ianya sebuah tasik! Memang bahaya berada dekat sangat dengan tasik, sebab kita tak dapat membezakan yang mana tasik dan yang mana daratan. Ayah kata, kalau kami ada masa masa pada musim panas, boleh la pergi semula ke tempat ini lagi untuk melihat keindahan tasik ini kalau Allah izinkan. Di sekeliling Titisee ini, terdapat hutan yang dipanggil Blackforest.




Lac Leman tour (Lake Leman) (12.2.09)

Kami telah mengelilingi Lake Leman dengan menaiki kereta yang disewa. Barulah kami tau, rupa2nya terdapat sebuah perkampungan yang dibuka untuk orang ramai. Menarik juga perkampungan tersebut. Pekerja di Pusat Perlancongan di sana telah memaklumkan kami bahawa ianya adalah sebuah perkampungan tercantik di sini.







1 comment:

  1. ayat siapa ni?
    macam mantap sangat gaya bahasa
    hehehehe

    ReplyDelete